Glosary


Aset
Sesuatu yang membawa masuk wang ke dalam poket kita sama ada bekerja ataupun tidak.  Aset termasuklah haranah, busines, dan aset kertas seperti saham, bon, dana saham bersama (mutual fund).


Liabiliti
Sesuatu yang mengambil wang kita keluar dari poket.  Liabiliti termasuklah hutang kad kredit, pinjaman gadai janji (mortgage),
pinjaman kereta, pinjaman pendidikan dan lain-lain.


Modal (Capital)
Sumber kewangan atau aset.


Keuntungan Modal
(Capital Gain)
Membeli pada harga rendah dan berharap dapat menjual pada harga tinggi.  Melabur untuk keuntungan modal juga adalah sejenis pertaruhan.  Seolah-olah spekulasi harga sesuatu akan meningkat.


Aliran Tunai
(Cash Flow)
Wang yang mengalir masuk kedalam poket daripada aset.


Susut naik
(Appreciation)
Peningkatan nilai aset dalam suatu tempoh masa.  Peningkatan ini berlaku atas beberapa sebab.  Antaranya peningkatan dalam permintaan ataupun bekalan yang berkurangan atau sebagai hasil daripada perubahan semasa inflasi dan mengikut kadar faedah.  Istilah appreciation dapat digunakan bagi merujuk kepada peningkatan dalam sebarang jenis aset, seperti saham, bon, mata wang atau hartanah.


Susut nilai
(Depreciation)
Dapat didefinasikan dalam dua cara.  Pertama, penurunan dalam nilai aset disebabkan oleh kedudukan pasaran yang tidak menguntungkan.  Kedua, kaedah pengagihan kos aset ketara selama jangka hayatnya.  Perniagaan membuat susut nilai atas aset jangka panjang untuk tujuan percukaian dan perakaunan.  Mata wang dan hartanah adalah dua contoh aset yang akan melalui susut nilai.


Rizab
Bayaran pendahuluan terhadap wang kertas atau kredit.


Rizab pecahan
Kemampuan bank meminjamkan lebih banyak wang berbanding jumlah yang mereka miliki.
Kekurangan
(Scarcity)
Satu keadaan dimana kehendak kita melebihi sumber yang terhad yang sedia ada bagi memenuhi kehendak tersebut.



Pilihan
(Choice)
Individu, syarikat, dan pihak kerajaan perlu membuat keputusan yang dirasakan sesuai dengan sumber yang ada dalam negara.  Ini kerana sumber yang ada di sesebuah negara sangat terhad.

No comments:

Post a Comment